Tuesday, February 20, 2007

Cinta Ibu

Ibu,
Saat ini aku rasakan hati ini semakin rawan,
Apakah itu tanda sebuah kerapuhan hati?
Apakah itu tanda jiwa gelora?

Ibu,
Saat ini juga aku rasakan cinta yang ditatang semakin hilang,
Apakah itu tanda kepada sebuah kehilangan?
Apakah itu bermulanya kesedihan?

Ibu,
Betapa benar katamu dahulu,
Tiada yang lebih kekal selain cinta yang teragung,
Mutlak milik sang pencipta,

Ibu,
Betapa aku telah melupakan cinta yang terhampir,
Cinta selepas cinta illahi,
Cinta yang ada di depan mata,

Ibu,
Engkaulah cinta hatiku,
Aku sedar, betapa aku begitu jauh berjalan mencari erti cinta,
Sedangkan ia hanya di depan mata,

Ibu,
Maafkan aku atas kepincanganku,
Kini aku mengerti kasihmu,
Bisu dengan kata-kata tapi ia seluas samudera,

Ibu,
Semoga engkau diberi kudrat yang berpanjangan,
Meneruskan kehidupan bersama kami semua,
Doaku semoga engkau sentiasa dirahmati Tuhan.

Amin....

Sunday, February 18, 2007

Loceng Pagi

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg! (*lihat nota kaki)
Mendesak kelopak untuk terbuka
Disetiap dini hari sebelum subuh lantak (**lihat nota kaki)

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
Bangunlah duhai mata yang masih terjahit
Oleh kepenatan malam yang berpanjangan

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
Jagalah wahai hati yang sering terlupa
Sebentar lagi azan akan bergema

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
Bersedialah
Sebentar lagi engkau akan berkerja

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
Mulakan langkah
Dengan kalimat la ilah ha illallah

Bergemerincing,
Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
Pergilah dengan restu kasih isteri dan cintamu
Moga kau pulang dengan rezeki yang diberkati

Nota Kaki:
*Chingg! Chingg! Chingg! ditukar kepada Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
**Pembetulan: Disetiap dini hari sebelum subuh lajak

Terima kasih diatas lontaran idea yang telah diberikan.
. . . . . . . . . . . . .


Saya sebenarnya tidak begitu pasti tentang ejaan "Bergemerincing". Adakah ia dieja dengan cara yang betul atau tidak?

Maksud lantak yang sebenarnya? Adakah penggunaan kata 'subuh lantak' itu betul dalam konteks ayat itu sendiri? Mohon diperbetulkan jika tersilap. (perkataan subuh lantak diwarnakan dengan warna biru)

Saya cuba untuk mengakses www.dbp.gov.my untuk mendapatkan penyelesaian diatas, tetapi malangnya server DPB pun turut serta bercuti dalam perayaan tahun baru cina ini. Mohon bantuan pada yang sudi.

Selamat bercuti pada kamu-kamu semua. Berhati-hati semasa memandu. Ingat! masih ada yang sayang pada kamu.

. . . . . . . . . . . .
Ulasan

dude, bergemerincing tu betul la. tapi kalau ko tanya kamus dewan dalam talian memang takde.

Subuh lantak tak pernah dengar, kalau santak ke subuh biasa la. Santak tu, maksudnya sampai/hingga.

Lagi satu dude,kau jumpa perempuan india mana ni? ching 3x tu macam bunyi gelang kaki penari india la.

err.. weh, mana ada aku merosakkan keindahan.. haha..


Gravatar Balas El

Itulah aku rasa macam gelang kaki pompuan india juga. ha ha haa..

Terima kasih atas pembetulan yang diberikan.

okey...aku tarik balik pasal tuduhan melulu aku tu... ha ha ha


Gravatar Balas El
Terima kasih jugak atas link kamus dewan dalam talian itu.

Sangat berguna.


Gravatar Salam,

Selamat bercuti juga untuk Inilah Saya. Kembali dengan penuh ceria ...

Kriiinnggggg


Gravatar tak biasa dengar dan tak paham maksud subuh lantak tuh....

btw,
selamat bercuti


Gravatar Balas BR
Kriiinnggggg!!!1

Selamat bercuti pada BR juga. Jaga diri baik-baik yer.

Balas 13may
Terima kasih dan selamat bercuti juga.

:-;


Gravatar dude :

1. bergemerincing sebetulnya adalah bergemerencing.

2. subuh lantak. lantak itu bermaksud membuat pukulan untuk memenuhi ruang. satu lagi maksudnya adalah perbuatan yang dilakukan dengan sesuka hati. saya cuba memahami ayat anda ini tetapi tidak menemui sebarang jawapan kerana maksud lantak yang tidak bersesuaian saya kira. adakah anda cuba maksudkan sebagai subuh terlajak? jika ya, lantak itu memang tidak sesuai.

3. sebagai penulis, anda wajib mempunyai sikap prihatin terhadap konsonan atau simbol yang digunakan. sekiranya anda menggunakan simbol "!" seharusnya digunakan tidak lebih dari 3 susunan seperti begini : "!!!" jadi penggunana "kringggggggg!" pada saya adalah satu pembaziran malah merosakkan karya anda. seharusnya anda meletakkannya seperti ini : "kring!" ataupun "kring!!!"

4. saya perhatikan, sajak anda membawa konsep pengulangan di setiap baris pertama dan kedua. dan panjang sajak anda adalah 6 rangkap. seeloknya, ringkas sahaja kepada 3 rangkap seperti begini :

Bergemerincing,
Kring!!!
Mendesak kelopak untuk terbuka
Disetiap dini hari sebelum subuh lantak
Bangunlah duhai mata yang masih terjahit
Oleh kepenatan malam yang berpanjangan

Bergemerincing,
Kring!!!
Jagalah wahai hati yang sering terlupa
Sebentar lagi azan akan bergema
Bersedialah
Sebentar lagi engkau akan berkerja

Bergemerincing,
Kring!!!
Mulakan langkah
Dengan kalimat la ilah ha illallah
Pergilah dengan restu kasih isteri dan cintamu
Moga kau pulang dengan rezeki yang diberkati

dengan ini pembaca tidak terlalu penat.

5. sekiranya anda menggunakan kalimah kalimah kebesaran Allah ataupun ayat alquran, seeloknya diitalickan.

6. keseluruhan sajak anda adalah baik, namun saya kira masih banyak kelewahan dan penggunaan ayat yang klise.

sekian. maaf di atas komen, saya juga sedang belajar.


Gravatar Balas King
Sebenarnya saya amat menanti-nantikan pandangan dari anda. Sepertimana si gadis menanti-nantikan pinangan dari jejaka. Terima kasih di atas komen king yang sangat membina. Insya Allah saya akan baiki pada masa-masa yang akan datang.

Terima kasih banyak-banyak...

Saturday, February 17, 2007

Diang Cinta - Keamanan 1

Puing-puing berselerakan,
Pada sebuah hamparan yang musnah,
Kehidupan resah pada lidah yang tidak terucap,
Yang ada hanyalah memori tepu,
Kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa,
Pada makna sebuah kebahagian hidup,
Yang telah diperkosa oleh muncung senjata,
Yang tidak pernah mengenal mangsa,

Puing-puing berselerakan,
Tanda agung sebuah peradaban besar,
Yang cinta mereka adalah kepentingan mereka sendiri,
Menindas dan menguasai bangsa-bangsa bangsat,
Kepalang gembira melihat mereka-mereka yang tidak bermaya,
Seteguk arak merah tanda syukur mereka,
Atas pemerkosaan dan pembunuhan,
Ketawa yang tidak berpanjangan,
Dan gemanya yang tenggelam timbul,

Puing-puing berselerakan,
Dan debu-debu dari derap langkah sebuah kebangkitan,
Menentang kebesaran imperial,
Kemenangan yang dijanjikan,
Buat mereka yang memegang panji-panji-Nya,
Apakah masih ada gusar dihati,
Pada janji-janji pasti ini,
Takbir terus bergema,
Tanpa terikat dengan sempadan dunia,
Menggegar dunia dan seluruh isinya.

. . . . . . . . . . . .
Seremban