Bergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg! (*lihat nota kaki)
Mendesak kelopak untuk terbukaDisetiap dini hari sebelum subuh lantak (**lihat nota kaki)Bergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!Bangunlah duhai mata yang masih terjahitOleh kepenatan malam yang berpanjanganBergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!Jagalah wahai hati yang sering terlupaSebentar lagi azan akan bergemaBergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!BersedialahSebentar lagi engkau akan berkerjaBergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!Mulakan langkahDengan kalimat la ilah ha illallahBergemerincing,Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!Pergilah dengan restu kasih isteri dan cintamuMoga kau pulang dengan rezeki yang diberkati
Nota Kaki:
*Chingg! Chingg! Chingg! ditukar kepada Kriiiiiinnnnnnnnnggggggg!
**Pembetulan: Disetiap dini hari sebelum subuh lajak
Terima kasih diatas lontaran idea yang telah diberikan.
. . . . . . . . . . . . .
Saya sebenarnya tidak begitu pasti tentang ejaan "Bergemerincing". Adakah ia dieja dengan cara yang betul atau tidak?Maksud lantak yang sebenarnya? Adakah penggunaan kata 'subuh lantak' itu betul dalam konteks ayat itu sendiri? Mohon diperbetulkan jika tersilap. (perkataan subuh lantak diwarnakan dengan warna biru)Saya cuba untuk mengakses www.dbp.gov.my untuk mendapatkan penyelesaian diatas, tetapi malangnya server DPB pun turut serta bercuti dalam perayaan tahun baru cina ini. Mohon bantuan pada yang sudi.Selamat bercuti pada kamu-kamu semua. Berhati-hati semasa memandu. Ingat! masih ada yang sayang pada kamu.
. . . . . . . . . . . .
Ulasan
dude, bergemerincing tu betul la. tapi kalau ko tanya kamus dewan dalam talian memang takde.
Subuh lantak tak pernah dengar, kalau santak ke subuh biasa la. Santak tu, maksudnya sampai/hingga.
Lagi satu dude,kau jumpa perempuan india mana ni? ching 3x tu macam bunyi gelang kaki penari india la.
err.. weh, mana ada aku merosakkan keindahan.. haha.. El | Homepage | 02.17.07 - 7:10 am | #
|
Balas El
Itulah aku rasa macam gelang kaki pompuan india juga. ha ha haa..
Terima kasih atas pembetulan yang diberikan.
okey...aku tarik balik pasal tuduhan melulu aku tu... ha ha ha ~inilah saya~ | Homepage | 02.17.07 - 7:41 am | #
|
Balas El Terima kasih jugak atas link kamus dewan dalam talian itu.
Sangat berguna. ~inilah saya~ | Homepage | 02.17.07 - 8:06 am | #
|
Salam,
Selamat bercuti juga untuk Inilah Saya. Kembali dengan penuh ceria ...
Kriiinnggggg  Bunga Rampai | Homepage | 02.17.07 - 8:49 am | #
|
tak biasa dengar dan tak paham maksud subuh lantak tuh....
btw, selamat bercuti 13may | 02.17.07 - 9:14 am | #
|
Balas BR Kriiinnggggg!!!1
Selamat bercuti pada BR juga. Jaga diri baik-baik yer.
Balas 13may Terima kasih dan selamat bercuti juga.
:-; ~inilah saya~ | Homepage | 02.17.07 - 10:27 am | #
|
dude :
1. bergemerincing sebetulnya adalah bergemerencing.
2. subuh lantak. lantak itu bermaksud membuat pukulan untuk memenuhi ruang. satu lagi maksudnya adalah perbuatan yang dilakukan dengan sesuka hati. saya cuba memahami ayat anda ini tetapi tidak menemui sebarang jawapan kerana maksud lantak yang tidak bersesuaian saya kira. adakah anda cuba maksudkan sebagai subuh terlajak? jika ya, lantak itu memang tidak sesuai.
3. sebagai penulis, anda wajib mempunyai sikap prihatin terhadap konsonan atau simbol yang digunakan. sekiranya anda menggunakan simbol "!" seharusnya digunakan tidak lebih dari 3 susunan seperti begini : "!!!" jadi penggunana "kringggggggg!" pada saya adalah satu pembaziran malah merosakkan karya anda. seharusnya anda meletakkannya seperti ini : "kring!" ataupun "kring!!!"
4. saya perhatikan, sajak anda membawa konsep pengulangan di setiap baris pertama dan kedua. dan panjang sajak anda adalah 6 rangkap. seeloknya, ringkas sahaja kepada 3 rangkap seperti begini :
Bergemerincing, Kring!!! Mendesak kelopak untuk terbuka Disetiap dini hari sebelum subuh lantak Bangunlah duhai mata yang masih terjahit Oleh kepenatan malam yang berpanjangan
Bergemerincing, Kring!!! Jagalah wahai hati yang sering terlupa Sebentar lagi azan akan bergema Bersedialah Sebentar lagi engkau akan berkerja
Bergemerincing, Kring!!! Mulakan langkah Dengan kalimat la ilah ha illallah Pergilah dengan restu kasih isteri dan cintamu Moga kau pulang dengan rezeki yang diberkati
dengan ini pembaca tidak terlalu penat.
5. sekiranya anda menggunakan kalimah kalimah kebesaran Allah ataupun ayat alquran, seeloknya diitalickan.
6. keseluruhan sajak anda adalah baik, namun saya kira masih banyak kelewahan dan penggunaan ayat yang klise.
sekian. maaf di atas komen, saya juga sedang belajar.  kingbinjai | Homepage | 02.17.07 - 11:08 pm | #
|
Balas King Sebenarnya saya amat menanti-nantikan pandangan dari anda. Sepertimana si gadis menanti-nantikan pinangan dari jejaka. Terima kasih di atas komen king yang sangat membina. Insya Allah saya akan baiki pada masa-masa yang akan datang.
Terima kasih banyak-banyak... ~inilah saya~ | Homepage | 02.18.07 - 12:02 am | #
|
No comments:
Post a Comment